falsafah Zainal Abidin Jadi Senja ta Melaka United

Pengendali skuad Melaka United,mahu semua pemainnya memahami falsafah bolasepak yang bakal diterapkan sepanjang dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Justeru itu, jelajah pra musim di Bandung, Indonesia merupakan medan untuk menguji tiga elemen iaitu disiplin, gaya permainan serta percaturan taktikal yang menjadi falsafah utama Zainal Abidin.

“Falsafah ini secara keseluruhannya perlu dihayati dan menjadi teras utama kepada barisan pemain Melaka United. Dengan memahami falsafah ini sahaja yang akan menentukan hala tuju pasukan.

“Pemahaman mengenai falsafah inilah menjadi perkara utama yang mahu kita bentuk dalam kalangan para pemain. Bermula disiplin, cara bermain, taktikal pasukan, semuanya terkandung dalam falsafah berkenaan yang perlu difahami dan dihayati semua pemain,” katanya seperti dipetik dalam Sinar Harian.

FOTO: Melaka United

Melaka United bakal memulakan aksi pertama di Indonesia menentng kelab Liga 3, Bandung United hari ini. Perlawnan dijadualkan berlangsung di Stadium Siliwangi, Bandung bermula pukul 3 petang waktu Malaysia.

Zainal Abidin percaya menerusi lima perlawnan pramusim yang diaturkan mampu menjadi medan terbaik bagi membentuk barisan pemain yang mantap dan mempunyai keserasian.

“Pada perlawnan pertama pramusim, boleh nampak setakat ini persefahaman masih belum kelihatan dan saya telah jangka ia berlaku contohnya seperti pemain import baharu daripada Haiti, Sony Norde hanya sempat berlatih dua hari.

“Setakat ini kita boleh lihat ada ketikanya persefahaman menjadi dan ada kala tidak menjadi,” katanya

Sumber : vovketfc