Faiz Subri kembali sarung but

Setelah ‘senyap’ tanpa sebarang aksi bola sepak sepanjang musim 2019, kini Faiz Subri kembali menyarung but dan bakal membuat kemunculan bersama pasukan Northern Li0ns FC MAHSA (NLFC-MAHSA).

Faiz Subri yang juga pemenang anugerah FIFA Puskas Award diumumkan sebagai pemain NLFC-MAHSA menerusi hebahan di laman sosial milik kelab tersebut pada hari ini.

Faiz dijangka membuat penampilan pertamanya bersama NLFC-MAHSA ketika men3ntang Kerteh FC pada peringkat kelayakan Piala FA kelak. Selain kejohanan kalah m@ti, NLFC-MAHSA juga bersaing dalam kancah Liga M3 2020.

Untuk rekod, Kedah merupakan pasukan terakhir diwakilinya sehingga tamat saingan Liga Malaysia 2018.

Bagaimanapun, dia dilaporkan tidak mengikat sebarang kontrak bersama mana-mana pasukan sehinggalah jendela perpindahan Liga Malaysia ditutup pada 20hb februari 2019. Dikhabarkan Faiz mendapat tawaran daripada Pulau Pinang pada ketika itu namun dia menolak atas faktor-faktor peribadi.