Faiz Nasir Sah Pulih menjelang perlawnan menentng Perak

Kem Terengganu Football Club (TFC) mencetuskan sedikit kere sahan dalam kalangan penyokong apabila pemain tengah licik, Faiz Nasir ditimpa kece deraan semasa kempen pramusim tempoh hari.

Kece deraan yang dialami oleh pemain berusia 27 tahun itu menyebabkan dia terlepas beberapa perlawnan persahabatan sebelum ini. Namun Faiz yang kembali menyertai TFC setelah semusim bersama Selangor turut dilihat menyertai jelajah pramusim bersama pasukan di Thailand.

Ketua jurulatih, Nafuzi Zain mempunyai keyakinan tinggi Faiz mampu pulih sepenuhnya menjelang saingan pembukaan Liga Super 2020 menentng Perak di halaman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 29 februari hadapan.

Foto: Terengganu FC

“Faiz dijangka akan pulih sepenuhnya menjelang se pak mula Liga Super 29 Februari nanti, dia dah mula berlatih bersama pasukan.

“Mungkin dalam seminggu dua ini Faiz akan cergas seperti biasa dan dapat digandingkan dengan pemain-pemain lain,” jelas Nafuzi seperti dipetik daripada laman Teganu Kita.

TFC dijadualkan menentng 3 pasukan sepanjang berada di Thailand iaitu Police Tero FC, Suphanburi FC dan sebuah pasukan daripada China, Tianjin Teda FC masing-masing pada 30hb januari, 1hb dan 3hb februari di Alpine Football Camp Training.

Ashari Samsudin dan Tchetche Kipre. Foto: TFC

Sementara itu, Nafuzi Zain turut mengesahkan penye rang yang digelar The Silent Kil ler atau Ashari Samsudin menggantung but sekaligus mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola se pak profesional.

Sungguhpun masih mempunyai perancangan untuk menggunakan khidmat Ashari pada saingan Liga Malaysia 2020, Nafuzi dan barisan kejurulatihan termasuk pihak pengurusan menghormati keputusan yang dilakukan oleh penye rang itu.

“Bagi saya, dia adalah pemain tempatan yang berkualiti dan sememangnya kami memerlukan khidmat Saha (Ashari), sejak awal kami telah menawarkan kontrak padanya.

“Tetapi keputusan itu (bersara) telah dibuat olehnya, dan itu pilihannya, kami menghormati keputusan itu,” katanya lagi.

Foto: Terengganu Football Club