Fadzrul, ‘Jeneral’ Baru Kedah

Seperti biasa, bermula season baru aku pun cuba buat sesuatu yang baru. LENSA POSITIF ni adalah kali ke-2 untuk musim ni selepas episod pertama kita cerita pasal Badd pada kempen kelayakan ACL haritu. Bukan setiap selepas game akan ada, tengok performance dan topik jugak.
Waris Angka 20,
Kedah dan jersi bernombor 20 tidak asing lagi. Kebanyakkan diwarisi oleh produk Hijau Kuning. Syafiq Ahmad, Akhyar Rashid pernah menempa nama dengan nombor keramat ni.Kedah kita tahu ada sedikit bermasalah diposisi tengah dalam pra musim. Beberapa percubaan ‘link-up’ di pra musim tidak menepati tahap yang memuaskan.

Dalam Pembikinan,Fadzrul Danel nama yang meniti dibibir kita semalam selepas aksi berkelas dipamerkan beliau bersama Amirul Hisyam dibahagian tengah pasukan.
Fadzrul dilihat digunakan sebagai konduktor bagi mengalirkan gameplay pasukan manakala Worm lebih kepada destroyer kepada pasukan. Kedua-duanya harus diberi kredit besar malam tadi.Peranan Fadzrul dilihat cukup efektif dan berdisplin. Kalau perhatikan semalam, peranan Box To Box sangat sesuai untuk beliau. Dia bukan jenis hold bola sangat, dapat bola dia akan release bola ke koridor sayap atau halfspace. Kedudukan dia dalam koridor tengah amat baik malam tadi.

Bercakap mengenai koridor ni, bola sepak moden ada 5 koridor asas.

1- Flank kiri
2. Flank kanan
3. Tengah
4. Halfspace kanan
5. Halfspace kiri

Adakah dia banyak belajar season lepas?
Jawapan aku adalah YA.

Bekas kapten pasukan remaja Kedah ni banyak diberi pendedahan dan peluang. Dia ambil setiap peluang yang ada. Musim lepas Fadzrul bermain 18 perlawnan sebagai startlist, 12 perlawnan dimulakan dari pemain simpanan. Overall 30 perlawanan, catatan 2 gol/3 assist. Ni stats dia musim lepas.

18 starting 12 substitute
Liga Super1 gol/1 assist
Piala FA1 gol/1 assist
Piala Malaysia 1 assist

Sudah Baguskah?
Mungkin kreativiti pemain ni boleh dipertingkatkan lagi tapi itu biasa. Minit permainan lebih banyak mungkin sikit sebanyak akan bantu dia terus naik. Yang penting, FD20 memiliki ‘awareness’ serta ‘adaptation tactical’ sangat baik jika beliau diturunkan.Untuk diangkat menjadi ‘jeneral’ pasukan, better kita beri dia masa lagi. Dia pun bukan masuk prime age lagi. Bagi dia ruang, peluang untuk dia gain confidence dia. Ni bukan pujian atau expectation tinggi untuk beliau cuma sekadar memotivasikan beliau untuk terus cemerlang dimasa akan datang.

Apapun kita sebagai peminat perlu terus optimis kepada pemain-pemain. Semoga prestasi mereka terus meningkat dan cuba untuk k0nsisten sepanjang musim ini.

sumber: Don K-Rul IZham