ERA Pencapaian Level Paling tinggi

Ini kalau berdebat memang tak habis, tapi mereka berdua telah melakukan sesuatu yang agak mustahil pemain sekarang nak buat.

700 gol, memang g!la.

Zaman Pele dikatakan score 1000 gol, kita tak dapat tengok pun cuma dengar atau baca di website. Tapi yang dua ni lakukan kita dapat tengok bermula 1st gol sehingga ke angka 700.

Patut pun diaorang silih berganti untuk rebut title the best saban tahun, cuma musim ni ja kedua-dua masih bawah angka 30 gol (total jaringan).

Kalau 2,3 musim lepas, baik CR atau Messi semuanya main 50 gol keatas ja dua ni. Bayangkan mereka k0nsisten menjaringkan 40 gol keatas setiap season selama 8 dan 10 tahun.

Zaman mereka mungkin semakin ke penghujung, tapi rekod mereka amat sukar ditandingi.

Kombinasi mereka mencatatkan,

1428 gol,511 assist,11 Ballon D’Or,5 Pemain Terbaik Dunia FIFA,110 Hatrick
10 European Golden Shoe,61 Major Trophy,9 Uefa Champions League

Era kita dapat melihat dua GOAT dalam bola sepak.

sumber:Don K-Rul IZham