Empat Pasukan Dah Selesai Proses Pertukaran

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mendedahkan hanya empat pasukan dalam Liga Malaysia melengkapkan pr0ses penswastaan kelab setakat ini.

Bilangan itu boleh dikatakan agak sedikit memandangkan tarikh akhir yang ditetapkan FAM adalah pada bulan September depan.

Stuart berkata 12 lagi pasukan sedang giat melengkapkan proses pemisahan status persatuan bola sepak (FA) kepada kelab bola sepak (FC), walaupun enam pasukan belum memulakan proses tersebut.

Pr0ses penswastaan ini dipantau AFC dan kemungkinan FA yang tidak dapat menukar status kepada FC untuk bersama liga tahun depan, akan menghadapi masalah yang besar, katanya kepada Bernama.

FAM memerlukan kerjasama semua pihak. Terdapat beberapa fasa dalam perubahan FA ke FC dan tahun ini merupakan fasa penubuhan FC secara rasmi.FAM mahu pastikan proses itu berjalan juga tahun ini dan selepas itu baru fasa peral!han pengurusan dan tanggungjawab.”

Namun, Stuart menganggap penularan wabak C0V!D-19 dan perubahan tampuk pentadbiran kerajaan negeri telah mempengaruhi pr0ses penswastaan kelab.Bagaimanapun, beliau berkata pihak FAM tetap bersedia untuk membantu persatuan bolasepak dalam melengkapkan proses penswastaan.

Ada kelewatan disebabkan C0V!D-19 dan disebabkan berlakunya perubahan pengurusan beberapa FA.

sumber: football-tribe.com

“Dengan kelew@tan itu, FAM akan kerja lebih keras untuk memberi s0kongan kepada mana-mana FA untuk proses ini dilaksanakan musim ini.”