DUO IKONIK Tiada Penganti

Khyril Muhymeen dan Baddrol Bakhtiar boleh dikatakan pasangan sensasi pernah Kedah lahirkan dalam bola sepak.

Walaupun jodoh Khyril bersama Kedah hanya 9 tahun manakala Baddrol masih sehingga kini, moment kedua pasangan ikonik ni masih segar, dan mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada pemain muda masa kini Musim 2008 .Sebenarnya Khyril terlebih dahulu diperkenalkan pada 2006 dan kemudian Baddrol pada 2007 tapi musim 2008 adalah tahun mereka berdua mula memberi impak besar pada pasukan Kedah.Disebalik kehebatan Marlon Alex James meledak 45 gol pada musim 2008 tu, ramai antara sedar atau tidak, duo ikonik ni menyumbang 23 gol bersama untuk pasukan.

Khyril – 16 gol
Baddrol – 7 gol

Impressive kot. Bayangkan seorang berusia 20 tahun, seorang berusia 21 tahun dan mereka menjaringkan 23 gol dalam 1 musim.Kedah memiliki lambakan pemain sayap yang agak baik masa tu, Fadly Baharom ada, K Soley (Solihin) ditambah Badd dan Khyril, Saramsak Kram pun kadang-kadang turun main sayap.

PEMAIN TENGAH TERBAIK DI MALAYSIA
Bagus tak bagus dua pemain ni, prestasi mereka akhirnya diiktiraf. Mereka masing-masing memenangi anugerah bola sepak kebangsaan.Khyril muncul pemain tengah terbaik pada musim 2008 manakala Baddrol memenangi anugerah sama pada 2010. Masa tu Anugerah 100Plus.Ketika Baddrol masih dikekalkan sebagai flanker pasukan, Khyril pula dibangunkan sebagai NO9 atau penyerang. Khyril ditugaskan bermain bersama Marlon didepan. Masa ni sinonim sangat pasukan pakai 4-4-2 dalam Liga M.

Baddrol pula semakin menyerlah sebagai pemain sayap menerusi kepantasan dia miliki sebelum mula berjinak jinak bermain posisi tengah (NO6) pasukan.Impak Khyril tinggalkan kepada Kedah besar jugak walaupun Kedah mengalami penurunan prestasi sehingga jatuh ke division ke-2. Pada 2009, Khyril menjaringkan 18 gol. Itu best season untuk dia bersama Kedah. Khyril 2 kali menjadi penjaring terbanyak pasukan, 2009 dan 2012.

Lepas Khyril dilepaskan berakhir musim 2014, Badd teruskan legasi dia untuk Kedah tapi nama Khyril dan Badd ni dah cukup kuat untuk penyokong Kedah.Gandingan mereka menghasilkan 178 gol bersama untuk Kedah. Kedua mereka pernah menang anugerah di Kedah dan pelbagai trofi bersama.

Baddrol – 116 gol
Khyril – 62 gol

Separuh Akhir Piala FA 2008, Kedah lawan Pahang sapa masih ingat, Kedah menang 2-0 hasil jaringan Baddrol dan Khyril. Mungkin tu satu satunya perlawanan yang mana kedua dua mereka menjaringkan gol bersama.

Kredit :Don K-Rul IZham