Dulu Tiada Dana,Tapi Kenapa Boleh Menang?

SIKAP tidak profesional segelintir pasukan dalam saingan Liga Malaysia akan memberikan impak buruk kepada industri bola sepak di negara ini.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, isu tunggakan gaji serta beberapa masalah berbangkit lain mencerminkan tahap kurang persediaan menjadi sebuah pasukan yang benar-benar profesional.Kita telah masuk ke era bola sepak profesional sudah lama tetapi masih ada pasukan yang tidak profesional. Mereka kena tahu tanggungjawab menguruskan pasukan dengan baik.

Industri bola sepak ini bukan baru setahun dua di Malaysia dah lama. Sepatutnya pasukan dah tahu kesan dan akibat sesuatu perkara. Sebagai contoh, jika boros membeli pemain import, akhirnya akan berlaku tunggakan gaji dan sebagainya, katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Isu tunggakan gaji dalam pasukan Liga-M ini kembali hangat selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa mengarahkan Persatuan Bola Sepak Kelantan menjelaskan tunggakan gaji bekas pemain importnya, Cassio Francisco De Jesus berjumlah RM629,620.28 sebelum tarikh akhir Sabtu lalu.

Situasi itu sekali gus memberikan imej buruk kepada industri bola sepak negara sehingga ada gesaan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Liga Bola Sepak Malaysia menyediakan garis panduan lebih tegas sebelum kempen Liga-M bermula musim depan.

Bagaimanapun, Azraai berkata, masalah yang berlaku itu tidak memerlukan campur tangan daripada FAM dan MFL memandangkan setiap pasukan perlu tahu kemampuan masing-masing sebelum membeli pemain.

Tak perlu garis panduan apa pun. Sepatutnya setiap pasukan ada bahagian teknikal dan pengurusan yang akan merangka pelan sebelum liga bermula sesuai dengan kewangan yang ada.Jika nak jimatkan kos, apa salahnya mereka tumpu kepada program pembangunan. Semasa saya melatih skuad Kedah, memang tiada peruntukan yang cukup dan menang treble pada waktu itu, 75 peratus pemain pula adalah pemain bawah 21 tahun dan produk tempatan, jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai situasi yang dihadapi KAFA, beliau mengharapkan supaya skuad The Red Warr!ors boleh diselamatkan memandangkan mereka antara pasukan yang memiliki ramai pemain muda berbakat.

Ia sesuatu yang merugikan jika hvkuman berat terpaksa ditanggung KAFA apatah lagi memikirkan apakah nasib pemain dan pegawai sekiranya pasukan itu digantung, katanya yang juga bekas pengendali Kelantan pada 2015.

sumber:SinarHarian