Dulu Pemain Sekarang Jurulatih

Selepas Shakir Shaari diserap masuk ke barisan kejurulatihan skuad utama Johor Darul Ta’zim (JDT), kini giliran Amirul Hadi Zainal pula terjvn ke bidang yang sama.

Perkembangan terkini itu menyaksikan perjalanannya sebagai pemain bola sepak profesi0nal yang sudah memasuki tahun ke-13 telah sampai ke penghujung.

Menurut sumber Johor Southern Tigers (JST), Amirul Hadi yang menyertai JDT sejak 2014 kini dilaporkan telah menyertai barisan kejurulatihan JDT II bagi membantu pengendali pasukan, Rafael Gil Sanchez.

Berdasarkan koleksi foto yang dikongsikan JST, Amirul Hadi dilihat sudah mula berada di samping Rafael dalam latihan pra-musim pasukan fe3der JDT itu.

Amirul Hadi Zainal yang kini menjengah usia 33 tahun memulakan karier bola sepak profesional dengan ber@ksi untuk pasukan Selangor bermula musim 2006.

Anak kepada Zainal Nordin yang merupakan bekas pemain ser @ngan Selangor itu mengecapi nikmat selaku juara Liga Super sebanyak enam kali iaitu dua musim [2009 & 2010] bersama Selangor manakala empat musim berturut-turut [2014 hingga 2017] ketika menyarung jersi JDT.

Di pentas antarabangsa pula, anak kelahiran Melaka ini berjaya membantu skuad negara muncul juara Kejuaraan AFF 2010 dan Sukan SEA 2009 di Laos.

Kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Amirul Hadi Zainal dalam bidang kejurulatihan!

kredit:Semuanya BOLA