Dulu Di Padang Sekarang Jalan Raya

Ketika pemain-pemain lain mendapat peluang berehat panjang dan berada di rumah bersama keluarga masing-masing di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan, ada pemain yang tidur pun tak cukup kerana melaksanakan tanggungjawab sebagai frontliner demi keselamatan dan kesejahteraan negara.Muhammad Hariz Irffan antara 14 pemain PDRM FA yang menyahut panggilan kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19.Hariz bertugas selaku anggota keselamatan di mana dia ketika ini ditugaskan di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik BSPT Ampang Jaya yang turut sama bertanggungjawab melakukan sekatan jalan raya dan rondaan.

Bergelar pemain dan anggota keselamatan bukan satu perkara yang mudah apatah lagi pada saat getir ini di mana cabaran sebenar berdepan karenah orang awam yang masih lagi degil keluar tanpa hala tuju walaupun arahan Kerajaan Malaysia adalah untuk kekal berada di rumah sehingga 14 April.

Saya sekarang ini rehat pun tidak cukup, kadang-kadang balik rumah sempat makan sekejap, mandi dan terus tertidur sebelum sambung bekerja keesokan harinya.Kadang-kadang saya kena bertugas untuk 24 jam dan kadang-kadang untuk 12 jam, jadi memang tidak menentu waktu kerja kami di sini.Kalau buat sekatan jalan raya, memang macam macam alasan yang kami terima dan ada yang tidak masuk akal, tetapi kami harus bertegas dalam melaksanakan tugas kerana ini demi keselamatan semua pihak.Saya harap semua pihak mendoakan yang terbaik kerana sudah pasti saya sendiri pun rindu untuk beraksi bersama pasukan di padang, kata Hariz.

Rakan sepasukan yang merupakan kapten PDRM, Safiee Ahmad juga tidak ketinggalan turut sama berkhidmat untuk negara sebagai anggota keselamatan sambil menyifatkan mereka ketika ini terpaksa berkorban apabila lebih terdedah kepada persekitaran luar.Justeru, dia mengharapkan dirinya dan rakan sepasukan lain dapat kembali bersama pasukan selepas ini dalam keadaan sihat sejahtera untuk terus membantu pasukan bersaing dalam CIMB Liga Super 2020 sebaik sahaja saingan kembali bersambung.Saya kini bertugas di bahagian Kuala Lumpur dan pertama kali saya dapat lihat sekitar ibu kota tidak sibuk seperti biasa walaupun masih ada segelintir yang mel@nggar perintah tidak berada di rumah.Kami memang lebih mudah terdedah kepada bah@ya tetapi tugas tetap perlu dilaksanakan dan harap dapat segera kembali ke padang kerana kami semua juga rindu untuk beraksi, jelasnya.

Foto : MFL