Dua pengadil wanita bakal kendali perlawanan Liga Malaysia 2020

Dua pengadil wanita dan 30 pengadil baharu dilaporkan akan membuat penampilan kali pertama pada musim 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid berkata dua pengadil wanita tersebut membabitkan seorang pengadil dan pembantu pengadil.

“Buat pertama kalinya pada tahun ini dua pengadil iaitu seorang pengadil dan seorang pembantu pengadil wanita yang akan terlibat sama ada dalam Liga Super atau Liga Perdana,” katanya kepada BH Sukan.

“Ini salah satu usaha FAM untuk mengetengahkan pengadil wanita. Selain itu, kita ada 30 pengadil baharu yang akan diketengahkan untuk saingan Liga Super dan Liga Perdana tahun ini.

“Ini juga salah satu usaha kita untuk meneruskan kesinambungan pengadil tempatan dari dahulu hingga sekarang.”

Liga Malaysia bakal bermula dengan Piala Sumbangsih pada 28 Februari ini.

sumber: football-tribe