Dua Pemain Yang Setia

Kapten pasukan Matthew Davies dan pemain tengah Nor Azam Azih akan kekal menyarvng jersi pasvkan Pahang bagi saingan Liga Malaysia 2020, sekaligus menoktahkan speku lasi yang tu lar mengenai masa depan mereka.

Dua pemain kebangsaan itu yang merupakan antara tonggak utama Pahang bagi musim sejak beberapa musim lalu sebelum ini hebat dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Darul Makmur, lebih-lebih lagi setelah Persatuan Bolasepak Pahang dikatakan mahu mengurangkan k0s musim depan.

Penyokong juga ibarat tidak senang duduk apabila tiada sebarang info mahupun pemakluman rasmi daripada pihak pengurusan PBNP mengenai pemain yang kekal mahupun dilepaskan, malah penamatan k0ntrak dua pemain import Saddil Ramdani dan Safuwan Baharudin pun hanya diketahui melalui media sosial menerusi luahan kedua-dua pemain itu.

Begitupun, Foxsports difahamkan Davies dan Azam, beserta beberapa pemain lain seperti Mohamadou Sumareh, Muslim Ahmad, Helmi Eliza Elias, Faisal Halim, Zuhair Aizat dan Bunyamin Omar dikekalkan t0k g@jah manakala status beberapa lagi pemain lain akan terjawab dalam tempoh terdekat.

“Itu antara pemain yang kekal, PBNP tidak mahu lepaskan pemain-pemain t0nggak, tetapi memang ada beberapa pemain telah digvgvrkan, ada yang masih dalam rundingan termasuk pemain baru, tetapi itu biar PBNP sendiri yang umumkan,” kata sumber Foxsports.

Skuad naib juara Liga Super 2019 itu setakat ini baru merekrvt dua pemain, kedua-duanya penjaga gol iaitu bekas penjaga gol kebangsaan Sharbinee Allawee Ramli dan Daniel Wafiuddin yang dipanc!ng dari UKM FC.