Dua Pemain Dalam RADAR Beckham

David Beckham mahu menjadikan James Rodriguez sebagai pemain marquee untuk kelabnya Inter Miami bagi memperkuatkan pasukan mereka pada musim hadapan.Hubungan baik Beckham dengan Real Madrid, terutama sekali presidennya, Florentino Perez dianggap sebagai antara faktor pemudah kepada usaha itu.Real Madrid membeliu Rodriguez dari Monaco dengan nilai £63 juta selepas aksi cemerlang pada Piala Dunia 2014, di mana beliau menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak.

Namun selepas musim pertama yang agak baik, James Rodriguez merudum pada musim kedua dan membawa dia kepada dipinjamkan keluar ke Bayern Munich. Beliau kembali semula musim ini, itupun selepas beliau berkeras nak terus kekal di Real Madrid, walaupun Zinedine Zidane menyuruh beliau dan Bale mencari kelab baharu.Beckham sudah lama berkenan dengan James Rodriguez, yang dianggap pemain yang masih berada di tahap tertinggi. Di mana beliau baru sahaja berusia 28 tahun.Selain daripada James Rodriguez, Beckham juga mahu membawa Luis Suarez ke kelabnya.

Ketika ditanya adakah beliau benar benar mahukan Suarez, Beckham hanya menjawab Setiap orang ada senarai yang mereka inginkan. Luis Suarez sudah menuju ke fasa akhir kariernya di Barcelona. Dan pemain itu tidak menolak kemungkinan akan mencari angin baharu di dalam kariernya.