Dua pemain bola sepak mengaku memandu bawah pengaruh alkohol

DUA pemain bola Derby County, Tom Lawrence dan Mason Bennett mengaku bersalah atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pada masa sama, mereka melarikan diri dari lokasi kemalangan berdekatan A6 di Derby, England.

Lawrence, 25, dan Bennett, 23, ditahan di kota itu pada 24 September lalu.

Mereka berdua dihadapkan ke Mahkamah Majistret Derby pada pagi Selasa.

Selain dikompaun, mereka diarah menjalani khidmat komuniti selama 80 jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *