Dua Pasukan Sangkut

Wisel penamat proses penswastaan sudah dibunyikan, namun dua pasukan masih sangkut berikutan dokvmen dihantar tidak memenuhi kriteria ditetapkan Jawatankuasa Khas Bolasepak Profesional Persatuan Bolasepak Malaysia .

Dua pasukan terbabit masing-masing Felda United dan UKM FC yang sebelum ini menghantar dokvmen penswastaan gagal melengkapkan beberapa dokumen hingga memaksa badan induk bola sepak negara itu memberikan talian hayat sehingga esok.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed menjelaskan pihaknya kurang berpuas hati dengan dokvmen dihantar dua pasukan terbabit dan melakukan penilaian terakhir.

Mereka Felda United dan UKM sudah bagi dokvmen dan kami sedang menilai sebab ada dokvmen yang sedang teliti.Kami beritahu keputusannya sama ada mereka lepas dalam hal penswastaan ini ataupun tidak, katanya, semalam.

Mohd Firdaus berkata, masalah dihadapi kedua-dua pasukan berkenaan membabitkan dokvmen daripada ahli lembaga pengarah Felda dan UKM.Sementara itu, beliau berterima kasih kepada semua pasukan yang melengkapkan proses penswastaan terutama beberapa pasukan yang pada mulanya agak perlahan.PDRM menghantar dokvmen dua minggu lalu, tapi hanya satu dokvmen tak lengkap. Tapi mereka hantar tadi semalam, jadi ia selesai.

Semua pasukan lain melengkapkan proses penswastaan. Ia juga dianggap sebagai sejarah bagi penswastaan itu kerana sudah beberapa tahun tertangguh. Ini pencapaian terbaik di bawah Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang banyak membantu jawatankuasa khas ini dalam memastikan proses penswastaan dilakukan, katanya.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan FAM tidak berk0mpromi dengan mana-mana pasukan dan mereka yang gagal melengkapkan proses penswastaan diturunkan ke liga amatur, Liga M3.

sumber:HM