Dua kelab dalam pemerhatian Ronaldo,kontrak lumayan

PEMAIN sensasi Cristiano Ronaldo baru sahaja menyertai Juventus pada tahun lalu.

Terbaharu, dia dikatakan sedang mencari kelab baharu untuk disertai selepas kontrak bersama Juventus tamat pada tahun 2022.

Menurut laporan Don Balon, terdapat dua kelab yang mungkin berada dalam pertimbangan pemain Portugal itu.

Dua kelab itu merupakan Manchester United dan Paris Saint-German (PSG).

Namun, Ronaldo dikatakan tidak akan menyertai United dalam masa terdekat memandangkan kelab itu masih lagi mencari rentak untuk kembali seperti suatu ketika dahulu.

Pilihan kedua tentunya PSG yang mana Ronaldo boleh menambah beberapa lagi trofi kejuaraan dalam koleksinya jika benar dia menyertai pasukan itu. – FoxSport Asia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *