Dua Benda Merisaukan Aidil

Dua debaran kini dinantikan ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak dalam usaha memastikan pasukannya terus menjadi antara pasukan terbaik di Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini dan seterusnya di masa depan.

Selain menghadapi uj!an penting @ksi penentuan tempat kedua Liga Super

menent@ng Perak, Ahad ini bagi melayakkan diri ke Piala AFC musim depan, Aidil juga kini sedang berdebar dalam membuat perhitungan mengenai lanjutan k0ntraknya bersama Kedah untuk musim depan.

Saya masih menyimpan hasrat bersama Kedah untuk musim depan dan saya masih menantikan rundingan penuh berkaitan keseluruhan k0ntrak bersama Kedah dalam masa terdekat ini.

Pihak pengurusan pasvkan sudah menyatakan hasrat agar saya terus kekal bersama Kedah, namun rundingan itu belum lagi berakhir sepenuhnya termasuk membabitkan hal gaji.

Secara jujurnya saya tidak berhasrat membuat permintaan tambahan untuk musim depan malahan saya berharap pengurusan dapat mengekalkan tawaran sepertimana yang saya per0lehi sejak dua tahun lalu hingga kini kerana pada saya wang bukanlah segala-galanya.

“Niat saya adalah untuk kekal di Kedah dan mahu melihat pembangunan pemain-pemain muda di Kedah lebih berjaya ke arah bola sepak pr0fesional,” katanya

Aidil juga mengakui beliau sudah ser@si berada di Kedah dan agak sukar untuknya meninggalkan Kedah tambahan pula keluarga serta peny0kong juga sedang memberi sokongan semangat untuknya supaya terus kekal.

Dalam masa yang singkat ini juga Aidil kini sedang berjvang mempersiapkan pasukan untuk @ksi perlawnan Liga Super terakhir menent@ng Perak di Ipoh yang menjadi penentu tempat kedua serta peluang layak ber@ksi di pentas Piala AFC musim depan.

“Dalam persiapan bertemu Perak, kami tetap tenang membuat perancangan yang diperlukan untuk memastikan Kedah dapat kekal dan mengakh!ri siri Liga Super musim ini pada tangga kedua.

“Usaha gigih dan semangat juang yang berterusan dalam pasukan pada musim ini akan mengiringi kami untuk perlawnan terakhir Liga Super di Ipoh ahad ini.

“Kami sedar ini bukan satu tugas mudah bertemu Perak yang konsisten dalam @ksi sebelum ini, dan kami perlu berjvang dengan habis-habisan untuk membuktikan keupayaan yang ada pada kami pada musim ini,” katanya.

sumber:HM