Disyaki Guna Ilmu Hitam Untuk Menang

Kelab Liga Vietnam 1, Quang Nam kini menjadi bualan hangat di negara itu kerana disyaki mengamalkan ilmu hitam untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka dalam perlawanan menentang Nam Dinh.

Nam Dinh dijadualkan menent@ng Quang Nam semalam dalam perlawnan ke 9 Liga Vietnam 1. Seperti biasa, kedua-dua pasukan diberi peluang untuk membiasakan diri dengan keadaan padang dan menjalani latihan di Stadium Thien Truong sehari sebelum hari perlawnan.

Namun, pasukan Quang Nam berkelakuan aneh ketika sedang menjalani sesi latihan di stadium tersebut. Penjaga gol kelab itu didapati menabur garam, nasi dan cairan berwarna unggu di kawasan kotak penalti.

Aks! tersebut mula disedari oleh petugas stadium dan berteriak memaklumkan kepada para penyokong yang berada di situ. Kemudian, para penyokong Nam Dinh turun ke padang untuk memeriksa sendiri dan mereka berang dengan tindakan pasukan lawan cuba mengamalkan ilmu hitam untuk raih kemenangan.

“Saya mengetahuinya ketika Quang Nam sedang berlatih. Seorang kakitangan yang bekerja di Stadion Thien Truong melihat pemain pasukan itu melakukan tindakan yang tidak normal dan aneh,” kata wakil kelab Nam Dinh dipetik dalam Zing.

nam_dinh_1

“Dia kemudian berlari dan melihat penjaga gol Quang Nam menaburkan garam, nasi, dan cairan berwarna ungu di padang. Petugas stadium itu segera berteriak kepada semua orang.

“Setelah itu, penyokong Nam Dinh pergi memeriksa dan mereka menemukan beras, garam, dan air berwarna ungu ditaburkan di seluruh tanah, terutama di kawasan penalti,” tambahnya.

Bagaimanapun, wakil kelab Nam Dinh tidak yakin Federasi Bola Sepak Vietnam (VFF) akan mengambil tindakan terhadap penjaga gol Quang Nam itu kerana ia tidak ada dalam peraturan pertandingan.

Perlawnan itu tetap berlangsung seperti biasa semalam dan Nam Dinh berjaya menew@skan Quang Nam dengan jaringan 1-0.

botgao

Presiden kelab Quang Nam ketika diminta mengulas mengenai !su tersebut menafikan para pemainnya mengamalkan ilmu hitam untuk memberi masalah dan kemudaratan kepada pasukan tuan rumah.

Beliau menjelaskan tindakan menabur garam dan nasi sekadar r!tual agama mereka untuk mendoakan agar perlawnan dapat berlangsung dengan aman dan lancar.

Ini hanya salah faham. Penyokong Nam Dinh terus membesar-besarkan !su ini tetapi itu bukan masalah utama. Ini kegiatan yang menjadi kepercayaan biasa pasukan.

sumber:Vocket

Sebelum perlawnan, biasanya anda akan doakan ketenangan. Pasukan saya pr0fesional, dan saya tidak perlu melakukan apa-apa untuk menghalang orang meraih kemenangan,” jelasnya.