DiSahkan Ronaldo Pemain Bola Sepak Pertama

LONDON: Cristiano Ronaldo menjadi bilionair bola sepak pertama di dunia mengatasi Lionel Messi, namun seterunya itu dijangka mengikut jejak langkahnya, tahun hadapan.

Menurut Forbes, bintang Juventus itu muncul atlet ketiga yang meraih gelaran bilionair selepas Tiger Woods dan Floyd Mayweather Jr.

Ronaldo meraih 85 juta pound (RM457 juta) daripada gaji dan penajanya musim lalu, sekali gus membolehkan dia memegang gelaran bilionair.

Walaupun berdepan pem0tongan gaji sebanyak 3.5 juta pound (RM18 juta) susulan coronavirvs namun berdasarkan rekod sepanjang kariernya, dia sudah memperolehi gaji lebih 500 juta pound (RM2.6 billion).

Jumlah terbabit akan meningkat kepada 600 juta pound (RM3.2 billion) di penghujung kontraknya bersama Juventus selain 36 juta pound (RM194 juta) setahun untuk kontrak penajaan termasuk kontrak seumur hidup bersama Nike.

Dia juga memiliki syarikat sendiri, CR7 dan memperolehi 1 juta pound (RM5.39 juta) untuk setiap hantaran di Instagramnya.

Malah, dia turut meraih lebih 14 juta pound (RM75 juta) setahun daripada media sosial berbanding gajinya bersama Juventus. – AGENSI