Dipancing Terengganu FC (TFC)

BAGAI sirih pulang ke gagang.

Itu peribahasa tepat buat Arif
Fadzillah Abu Bakar yang kembali ke negeri kelahirannya musim depan
menyarung jersi skuad Terengganu FC (TFC).

Arif, 23 mesra
dipanggil Pok mengakui teruja untuk memperkuatkan TFC dan tidak menduga
khidmatnya diperlukan oleh skuad kendalian jurulatih muda, Nafuzi Zain.

Anak
bongsu daripada 10 beradik itu pernah menyarung jersi skuad kebangsaan
bawah 23 tahun itu bagaimanapun menyatakan tidak mudah buatnya untuk
berada dalam kesebelasan utama.

“Ini rezeki saya, lagipun sudah
lama mengidam untuk menyarung jersi skuad utama negeri kerana sebelum
ini pernah bermain dengan T-Team dan Terengganu FC II (TFC II).

“Ada
dua pasukan berminat mendapatkan khidmat saya termasuk bekas pasukan
Felda United dan Petaling Jaya City FC (PJ City) namun saya lebih
cenderung kepada TFC.

“Terima kasih kepada barisan jurulatih dan
Nafuzi kerana menawarkan kontrak dan mahu membalas kepercayaan dengan
persembahan terbaik,” kata Arif.

Persatuan Bola Sepak Negeri
Terengganu (PBSNT) mengumumkan bekas pemain Felda United itu antara muka
baharu TFC selain bekas pemain Perak, Nasir Basharuddin.

TFC menggu gurkan 12 pemain utama musim ini termasuk dua pemain import, Kipre Tchetche dan pemain tengah kebangsaan Kemboja, Thierry Chantha Bin.

Arif, anak petani, mahu meraih sekurang-kurangnya satu piala musim depan.

“Saya
belum pernah merasai nikmat menjulang piala dan berharap tuah
mengiringi TFC musim depan untuk meraih satu trofi,” ujar bekas murid
Sekolah Kebangsaan Kubu itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *