Dilarang mereka mengambil import walaupun seorang

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir berkata cara terbaik untuk sesebuah pasukan selesaikan hvtang, adalah FAM mel@rang mereka mengambil import walaupun seorang.

Menurutnya FAM telah mengambil beberapa langkah, tetapi tidak cukup tegas malah ada yang tidak begitu realistik contohnya pemotongan mata.

“Tak susah pun nak bertegas dan meminta mereka selesaikan hvtang. Adalah tidak masuk akal apabila satu-satu pasukan itu berbelanja mewah untuk musim baru, tapi takde duit bayar tunggakan.

“Jika satu pasukan ambil 4 import, maknanya mereka ada bajet untuk bayar gaji seseorang import untuk sebulan katakan RM50ribu, 60 ribu, atau mungkin lagi tinggi. Darab dengan 4 pemain, jadi kos untuk bayar gaji import sebulan sudah berapa?

“Kita ambil minimum RM100,000 untuk import sebulan sebagai contoh, bukankah duit itu boleh bayar ramai pemain punya tunggakan gaji. Dalam 2-3 bulan semua akan setel, bila setel, nanti pintu perpindahan kedua, pasukan yang dil@rang ini sudah boleh ambil import,” kata Jamal.

Bagaimana pandangan penyokong, nampaknya ia cadangan yang bernas dan boleh dipertimbangkan.

Sebelum ini, FAM pernah jer mel@rang pengambilan import bagi pasukan bermasalah dengan mengenakan sekatan perpindahan. Tapi mereka bagi banyak kelonggaran.

Contohnya, larang ambil pemain import, tapi masih boleh ambil sekiranya pasukan itu dapat buang/melepaskan beberapa pemain dan membuktikan kestabilan kedudukan kewangan.

Maksudnya, tak bayar tunggakan pun tak apa, asalkan buang pemain dan kedudukan kewangan nampak ok, terus boleh daftar pemain baru.

Jadi cadangan Pak Jamal ini berbeza dengan apa yang pernah dilaksanakan FAM sebelum ini.

Foto : NSTP