Dickson Nwakaeme Buat Kejutan

Bekas pemain import Pahang, Dickson Nwakaeme hari ini mengumumkan persaraan daripada sukan bola sepak Profesional pada usia 35 tahun. Beliau telah mewakili 7 pasukan yang berbeza sejak 2008 bermula dengan pasukan Halmstad BK.Dickson telah tiba di Malaysia pada tahun 2013 dengan menyertai pasukan Kelantan. Namanya cukup popular dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila membantu skuad The Red Warri0rs menjuarai Piala FA.

Pada tahun 2014, beliau berhijrah ke Kuantan menyertai pasukan Pahang dan berjaya membantu tok gajah memenangi dua gelaran pada musim tersebut iaitu juara Piala FA dan juara Piala Malaysia. Sejak itu, Dickson terus menjadi pemain kesayangan para peminat Pahang dan khidmatnya juga ditagih pada musim 2019 untuk membantu jentera s3rangan.

Perjalanan bola sepak yang indah untuk saya. Terima kasih kepada Tuhan. Yang ingin saya lakukan hanyalah bermain bola sepak dan bergembira di jalan-jalan Ajegunle di Lagos Nigeria. Tetapi Tuhan mempunyai rancangan lain untuk saya. Tuhan menggunakan bola sepak untuk mengubah hidup saya dan keluarga saya.

Dahulu sukar untuk mencari makan dan membeli pakaian serta mempunyai tempat berteduh. Kini saya sudah mempunyai pendapatan dan memberi kembali kepada masyarakat.Hari ini saya mengumumkan persaraan daripada sukan bola sepak walaupun saya masih cergas dan boleh bermain selama beberapa tahun. Tetapi saya membuat keputusan berhenti sebagai pemain untuk menjadi mentor kepada pemain muda.

Oleh itu, ini adalah peralihan kepada peranan yang lebih besar bagi saya. Terima kasih kepada semua kelab dan ejen yang membantu saya menjadi pemain bola sepak yang berjaya,” tulisnya melalui laman instagram.Dickson sebelum ini beraksi di Ligue 1 Perancis bersama kelab Angers SCO selama setahun kemudian kembali semula menyertai Tok G@jah. Pahang merupakan pasukan terakhir yang diwakili olehnya dan beliau kini beralih pada bidang kejurulatihan serta mempunyai akademi bola sepak sendiri.