Diburv ,Bukan Sebab Kabel

KUALA LUMPUR: Tidak perlu ‘kabel’, sebaliknya reputasi penye rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sememangnya sudah cukup membuatkan tandatangannya dibvru beberapa pasukan di luar negara.

Perkembangan itu disahkan ejen pemain itu, Lionel Foy ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Ketika ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu menarik minat beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Lionel mengesahkan perkara itu adalah benar.

“Saya tidak boleh beri apa-apa komen kecuali fakta bahawa ada beberapa pasukan berminat dengan Luqman. Ya, saya boleh sahkan perkara itu.

“Tetapi saya tidak boleh dedahkan pasukan mana. Kami sedang berusaha mencapai persetujuan membabitkan terma bersama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan kami harap ada perkembangan dalam minggu ini,” katanya.

Sebelum ini, timbul persoalan mengenai perpindahan Luqman ke kelab Belgium, KV Kortrijk selepas usaha itu didakwa didalangi ‘modal politik’ dan bukan atas tiket merit ataupun kemampuan pemain terbabit.

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagramnya mendakwa urusan perpindahan terbabit sebenarnya dilakukan atas ‘desakan’ beberapa pemimpin negara sebelum ini.

Sebagai rekod, Luqman ditawarkan kontrak bermain dengan KV Kortrijk oleh pemilik kelab itu yang juga usahawan terkemuka dari Malaysia, Tan Sri Vincent Tan September lalu dan akan menyertai kelab itu pada Mac lalu apabila usianya genap 18 tahun.

Selepas gagal mengikut perancangan ditetapkan kerana beberapa kekangan, laluan Luqman ke Eropah kembali terbentang selepas anak kelahiran Kelantan itu mendapat panggilan daripada KV Kortrijk untuk menyertai mereka, minggu lalu.

sumber : BH

Malah, perpindahannya juga tampak ‘direstui’ FAS yang menyatakan pihaknya akan melepaskan Luqman secara percuma meskipun pemain itu memiliki kontrak bersama mereka.