Dibuang padang Kerana Lakonan.

MILAN: Alexis Sanchez menjaringkan gol dan diarah keluar padang pada penampilan sulungnya bersama Inter Milan ketika kelab baharunya itu mengekalkan permulaan sempurna musim ini dengan kemenangan 3-1 terhadap Sampdoria, awal pagi tadi.

Kemenangan memastikan Inter kekal di puncak Serie A di depan penyandang juara, Juventus yang turut menew@skan SPAL 2-0.

Sanchez, yang dianggap gag@l di Manchester United berpindah ke Itali secara pinjaman selama semusim dan peny3rang kebangsaan Chile itu mencetvs impak besar di Genoa, apabila mencipta umpanan bagi jaringan pembukaan Stefano Sensi pada minit ke-20 sebelum menyumb@t gol dua minit berselang.

Begitupun, pemain berusia 30 tahun itu diarah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua susulan tind@kannya sengaja mereb@hkan badan sejurus selepas rehat yang menyaksikan Inter terpaksa beraksi kurang seorang pemain hampir keseluruhan babak kedua.

Kelebihan itu dimanfaatkan tuan rumah yang merapatkan jurang pada minit ke-55 menerusi Jakub Jankto tetapi kelebihan pelawat kembali ditingkatkan Roberto Gagliardini selepas sejam perlawanan berlangsung.

Situasi seperti itu boleh membvnvh sesiapa saja, tetapi bukan kami, bukan pemain-pemain ini, kata pengendali Inter, Antonio Conte dengan kemenangan meningkatkan semangat anak buahnya menjelang pertemuan dengan Barcelona dalam kempen Liga Juara-Juara minggu depan.

Kami bermain dengan cemerlang untuk bertahan, kami berjaya mencipta keseimbangan dengan situasi di bangku simpanan.

Selepas enam perlawanan, Inter mengumpul 18 mata maksimum, kelebihan dua mata di depan Juve dan ia kali pertama kelab itu meraih enam kemenangan berturut-turut dalam kempen Serie A sejak musim 1966-67.

Inter dan Juve dijadual bertemu di San Siro pada minggu depan. – AFP

Posted in: sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *