“Dia paling kacak, saya No.4 pandai dia bergurau”

Dalam kalangan 25 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan kelak, pemain natural!sasi kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh memilih Matt Davies sebagai pemain Malaysia paling kacak.

Itulah penilaian yang diberikan oleh pemain yang menjaringkan dua gol ketika men3ntang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada bulan lalu menurut satu tulisan New Straits Times.

Pada awalnya, beliau meletakkan dirinya paling kacak tetapi Sumareh mendakwa ramai kalangan pemain-pemain Malaysia tidak bersetuju dengannya.

“Jelas sekali, saya paling kacak dalam pasukan kerana saya masih bujang tetapi pemain-pemain lain tak setuju tetapi (ianya) tak boleh dinafikan, orang ramai boleh lihat sendiri,” katanya sambil tersenyum.

Beliau kemudiannya, menyusun kembali rating ketampanan pemain-pemain Malaysia dengan meletakkan pertahanan kacvkan, Matt Davies paling tampan dan diikuti oleh seorang lagi pemain kacukan, Brendan Gan.

Manakala, pertahanan senior yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) di kedudukan ketiga dan keempat adalah dirinya sendiri.

“Tetapi jika saya mahu menilai mereka, saya akan mengatakan No.1 ialah Matt (Davies) dan diikuti oleh Brendan Gan (Perak) dan seterusnya Aidil (Zafuan). Keempat sudah tentu saya sebab tiada orang lain yang dapat menduduki tempat itu,” katanya disusuli dengan gelak besar.

Selepas itu, pemain berusia 25 tahun ini menyambung senarainya dengan sin!s, Sumareh berkata, “Di ‘zon penyingk!ran’, kita ada Nazirul Naim, J. Partiban dan terakhir sekali dalam pasukan ialah Safawi (Rasid).”

Sungguhpun ketika di sesi latihan dan semasa perlawanan, pemain-pemain dilihat s3rius dan bermain bersungguh-sunguh namun di luar padang, ianya sangat berlainan. Sumareh menggambarkan suasana tersebut amat harmoni, ceria dan penuh dengan gelak ketawa.

Kadangkala, ia turut diselangi dengan usik-mengusik yang tidak berkesudahan sesama mereka sehingga menyebabkan Sumareh sendiri berasa s3dih apabila tiba masanya untuk pulang ke pasukan atau kelab masing apabila selesai sahaja tugasan bersama skuad kebangsaan.

Walau semasa dalam bilik persalinan, kami sentiasa bergurau senda. Kalau anda lihat kami dalam keadaan s3rius, berjalan dari bas ke bilik persalinan, ini kerana kami sedar akan kehadiran media dan kemera di sekeliling. Kami perlu jadi professional.

“Ketika itulah semua (pemain) mendengar lagu dan membuat hal mereka sendiri.” jelasnya lagi.

Menjelang perlawanan men3ntang Vietnam peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Sumareh percaya Malaysia mampu mencatatkan keputusan positif ke atas juara Piala AFF 2018 pada 10 oktober kelak.

“Kami telah bermain menentang Vietnam (dalam saingan Piala AFF tahun lepas). Mereka merupakan pasukan (bercorak) defensif tetapi kami merupakan pasukan yang lebih baik pada masa ini” kata Sumareh lagi.

Posted in: sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *