Dia Dah Jadi Kisah Silam

Kapten Perak Shahrul Saad berpendapat pasukan itu tidak akan terjejas dengan kehilangan Brendan Gan.

“Brendan sudah menjadi kisah silam, kita berterima kasih atas sumbangan besar dia kepada pasukan tapi kini kita pandang ke depan. Pemain-pemain yang ada serta pemain muda boleh galas kekosongan ditinggalkan Brendan. Memang ia satu cabaran besar dan mereka perlu menyahut cabaran itu.

“Saya tengok semangat dalam diri mereka cukup tinggi dan jika diberi peluang saya percaya mereka akan membuktikan, malah akan lebih menyerlah berbanding Brendan,” kata Shahrul.

Brendan menyertai Selangor pada awal bulan ini selepas dua musim di Perak.

Sumber : Foxsports