Dennis Bekking sah jadi pengganti

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melantik bekas pengarah Akademi Twente FC, Dennis Bekking sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang baharu.

Perkembangan itu diumumkan Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Syed Saddiq berkata, Dennis akan membantu Saad Ichalelene yang kini dilantik sebagai Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bermula 1 Disember ini.

Katanya, ini adalah salah satu usaha untuk memperkemas lagi struktur NFDP bagi memastikan program terbabit dapat berjalan dengan lebih lancar.

Selain Dennis, beberapa jawatan lain turut dilantik yang menyaksikan Abdifitaah Mohamed Hassan dipilih selaku Ketua Pencarian Bakat dan Meth0dologi Kejurulatihan sementara Aminuddin Hussain sebagai Ketua Pembangunan Remaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *