Dengan Dua Hari Kedah Cuba Buktikan Yang Terbaik

Kedah hanya memiliki tempoh dua hari membuat persiapan dan menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk sebelum aksi playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang FC Seoul di Stadium Piala Dunia Seoul, Selasa ini.

Ketua Jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak berkata, tempoh dua hari berkenaan harus dimanfaatkan sepenuhnya pemain sebelum aksi sebenar yang berlangsung pada jam 7 petang waktu Korea (6 petang waktu Malaysia).

“Memang tempoh singkat kerana kami baru tiba di hotel penginapan di Seoul malam tadi dan hari ini hingga esok kami harus melalui proses untuk ‘settle d0wn’ dengan keadaan di sini.

“Selain merangka percaturan perlawanan, saya berharap pemain dapat menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk kerana inilah faktor yang penting sebelum perlawanan.

“Kami sudah mempersiapkan diri dengan pakaian sejuk dan peralatan yang diperlukan untuk membantu dalam proses penyesuaian termasuk dalam semua aspek berdepan cabaran seperti yang dijangkakan,” katanya.

Aidil turut mengakui cabaran besar perlu ditempuh anak buahnya berdepan FC Seoul yang memiliki reputasi besar dalam saingan ACL ini.

“Kami hadir ke Korea sebagai skuad bukan pilihan atau ‘underd0g’ namun kami ada keazaman yang tinggi untuk membuktikan tahap keupayaan dan impian yang disasarkan.

“Sebagai persediaan saya akan meneliti kelebihan pihak lawan menerusi rakaman video dan ini boleh membantu dalam perancangan taktikal,” katanya.

sumber:BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *