Pendedahan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji Lumayan

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim , DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim semalam melakukan pendedahan mengejut mengenai perpindahan pemain natvralisasi negara, Mohamadou Sumareh ke Selangor pada musim depan. Melalui paparan di laman instagram ‘story’, TMJ turut membidas sikap pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor  yang lebih gemar melakukan prov0kasi terhadap JDT dan mempergunakan pasukan untuk kepentingan peribadi.

Baginda juga mahu FAS belajar daripada Terengganu FC selepas kek@lahan memalvkan 6-1 kepada JDT dalam kedua-dua saingan CIMB Liga Super dan Liga Premier minggu ini. Menurut TMJ, salah satu contoh prov0kasi yang dilakukan oleh pengurusan Selangor ialah melalui slogan, Saksikan H@rimau Selatan Hilang Taringnya yang dipaparkan pada dinding di sekitar Stadium Shah Alam walaupun skuad Gerg@si Merah belum memenangi apa-apa kejuaraan.

Justeru itu, TMJ juga mahu FAS menjelaskan kepada para penyokong Selangor mengenai masalah sebenar yang berlaku dan baginda sedia melawan pihak yang menggunakan bola sepak untuk kepentingan peribadi dan tidak jujur. Difahamkan, kenyataan itu ditujukan kepada bekas Naib Presiden FAS, Izhar Moslim.Selain itu, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan pendedahan kontrak rasmi Selangor ditawarkan kepada bekas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh yang bakal menyertai kelab Thailand, Police Tero dalam masa terdekat.

Berdasarkan kontrak tersebut, Sumareh ditawarkan gaji sebanyak USD17,000.00 (RM70,482.00) sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan namun melalui perbualan aplikasi whatsapp bersama Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, Sumareh mahu FAS naikkan gaji kepada USD20,000 sebulan. Bagaimanapun, Dr. Johan menyatakan beliau sedia mempertimbangkan kenaikan gaji itu tetapi belum buat sebarang keputusan mengenai permintaan Sumareh yang bakal berangkat ke Thailand pada hari selasa ini. Sumareh sebelum ini mencetus k0ntr0versi apabila meninggalkan pasukan Pahang tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan. Beliau yang masih mempunyai kontrak dengan Pahang sehingga tahun 2022 mengambil tindakan keluar daripada skuad tok gajah kerana dikatakan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sehingga klausa 8.7 diaktifkan. Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang  dalam satu kenyataan rasmi menafikan pemain naturalisasi itu tidak dibayar gaji kerana semua urusan pembayaran sudah diselesaikan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui bersama pada 26 Ogos 2020. Sumber:Vocketfc