De Paula Tunjuk Belang

Perak memulakan saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 dengan meyakinkan selepas menang bergaya 3-1 ke atas Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.

Terengganu FC yang mendapat sunt!kan semangat hampir 25,000 orang penyokong mempamerkan corak permainan meyakinkan sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil bertugas, Mohammad Zamzaidi Katimin.Namun, permulaan baik tersebut tidak mampu dijelmakan kepada kemenangan buat skuad tuan rumah itu.

Pertah@nan tinggi lampai, Babacar Diallo terlebih dahulu menguji gawang pasukan pelawat yang dikawal Mohammad Nasrullah Abdul Aziz selepas tandukannya hasil sep@kan sudut sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Perak.Meskipun barisan tengah Perak kelihatan sedikit bergelut untuk mencipta gerakan, skuad bimbingan Mehmed Durakovic itu masih mampu menjelmakan ancaman ke kubu tuan rumah menerusi sep@kan percuma Shahrul Saad yang sekadar singgah di tiang gol pada minit ke-11.

Berselang seminit kemudian, sepakan sudut daripada Thierry Chantha Bin yang terus menuju ke gawang TFC pula berjaya dihalang Faris Ramli di atas garisan gol.Nasir Basharudin yang pertama kali terpaksa menent@ng pasukan negeri kelahirannya meled@kkan rembatan p@du dalam kawasan penalti.Nasrullah bagaimanapun lebih bersedia menepis keluar percubaan tersebut untuk memberikan sepakan sudut buat Terengganu FC.

Sep@kan sudut itu nyata memberikan tuah buat skuad bimbingan Nafuzi Zain selepas Sanjar Shaakhmedov melepaskan sep@kan separa voli yang tidak mampu dihalang Nasrullah untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-18.Dominique Da Sylva hampir mengukuhkan kedudukan di minit ke-24 tetapi percubaannya selepas berjaya melepasi kawalan Amirul Azhan Aznan dinafikan dengan baik oleh Nasrullah.

Perak yang kembali memperkemaskan aksi selepas beberapa kali ditekan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-41 menerusi sep@kan penalti.Gol tersebut dihasilkan Guilherme De Paula selepas beliau dikasari Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar dalam kawasan penalti.

Sebaik sahaja memperoleh jaringan penyamaan tersebut, Perak hadir dengan lebih gar@ng sehingga berjaya menambah dua lagi jaringan, tetapi malangnya gol daripada De Paula dan Raianderson dibat@lkan kerana ofsaid.Bagaikan mendapat tonik berguna daripada Mehmed Durakovic di waktu rehat, skuad ‘Yob’ tampil dengan lebih meyakinan sebaik sahaja babak kedua bersambung.

Ia dibuktikan dengan jaringan kedua pada minit ke-52 hasil tandukan Shahrul Mohd Saad selepas ketua pasukan Perak itu menerima umpanan daripada Chantha Bin ketika situasi sepakan sudut.Pasukan tuan rumah selepas itu berusaha keras untuk kembali mengikat kedudukan dengan beberapa gerakan yang bagaimanapun diserap dengan baik pertah@nan Perak.

De Paula memastikan kelebihan yang dimiliki Perak itu tidak mampu lagi dipadamkan selepas meled@kkan jaringan peribadi kedua untuk menjadikan kedudukan penuh 3-1 memihak pelawat.

KREDIT FOTO: ARENA SELADANG