Datuk Rajagobal Dikecewakan Oleh Kelab India

Bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K.Rajagobal kekal dengan hasratnya mahu membimbing kelab luar negara, terutama pasukan rantau ASEAN meskipun baru sahaja dikecewakan kelab India, Chennayin FC.

“Saya sepatutnya pergi ke India untuk melihat situasi di sana. Malah, pegawai-pegawai kelab itu juga mengetahui kedatangan saya. Namun, setelah jurulatih Chennayyin FC (John Gregory ) meletakkan jawatan, pihak pengurusan kelab itu telah melantik jurulatlih baharu, Owen Coyle.

“Situasi itu menyebabkan saya terpaksa membatalkan hasrat untuk ke sana. Mungkin tiada rezeki saya melatih kelab itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, bekas pengendali PKNS FC itu tetap berhasrat untuk mencuba nasib sebagai jurulatih dengan pasukan berstatus kelab atau mana-mana skuad kebangsaan.

“Saya rasakan mungkin saya patut cuba nasib di luar negara khususnya di rantau Asia Tenggara. Namun, ia akan dibuat dengan teliti agar tidak menganggu persiapan mana-mana pasukan yang sudahpun memiliki jurulatih,” jelasnya.

Sumber : Sinar Harian
Foto : Bernama