Datuk K Rajagopal Dicabar

Bekas pengendali Myanmar, Gerd Zeise dan bekas jurulatih Filipina, Micheal Weiss menjadi pencabar buat Datuk K Rajagobal untuk mengisi jawatan ketua jurulatih pasukan Brunei Darussalam.

Menerusi laporan di laman sesawang Persekutuan Bolasepak ASEANĀ  tiga calon terbabit sudah dinilai Persatuan Bolasepak Brunei DarussalamĀ  namun presidennya, Pengiran Matusin Pengiran Matasan menjelaskan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.

Kita sudah melengkapkan penilaian teknikal ke atas semua calon dan ketiga-tiga mereka menepati kriteria teknikal yang kita tetapkan.Bukan sahaja mengambil kira sa!ngan Piala AFF akan berlangsung beberapa bulan lain, kewangan juga akan menjadi faktor yang bakal dipertimbangkan.Namun apa yang pasti, kita akan membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat, katanya.

Sebagai rekod, Rajagobal bukanlah nama yang asing di rantau ini selepas membawa Malaysia menjuarai Piala AFF 2010 dan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos.

Zeise pula mengemudi skuad Bawah 20 tahun Myanmar ke Piala Dunia B-20 edisi 2015 selain menjadi jurulatih skuad senior Myanmar bermula 2015 hingga 2018.

Weiss pula bersama skuad Bawah 23 tahun Filipina sebelum menjadi jurulatih pasukan senior pada 2011 hingga 2014.