Dari Selatan Ke Pantai Timur

Adakah Terengganu FC memperkukuhkan lagi bahagian sera ngan mereka menjelang se pak mula saingan Liga Malaysia 2020 dengan menandatangani penye rang kacukan, Darren Lok?

Kelibat penye rang Inggeris-Malaysia itu kelihatan bersama skuad Nafuzi Zain dalam satu majlis makan malam antara Terengganu FC dan Madura United FC di Kuala Terengganu, semalam.


Foto: TFC

Setakat ini, tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Terengganu FC berkenaan status Darren Lok namun khidmatnya bersama pasukan simpanan, Johor Darul Ta’zim (JDT) II disahkan telah berakhir pada penghujung tahun lepas.


Foto: JST

Darren Lok juga dikhabarkan telah berada di Kuala Terengganu sejak beberapa hari lalu. Dan dia turut turun ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyaksikan perlawnan persahabatan di antara Terengganu FC menentng Madura United FC di mana keputusan berpihak kepada tuan rumah, 2-0.

Sekiranya Darren Lok sah diikat oleh Terengganu FC, dia akan bergabung kembali bersama rakan sepasukannya di JDT II iaitu D. Saarvindran dan juga pertahanan, Stuart Wark.

Darren Lok mula berkelana dalam saingan Liga Malaysia sejak tahun 2016. Dia juga pernah dipanggil untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya sebanyak 9 kali dan merekodkan satu gol.

Foto: Terengganu FC