Dari gereja kini ke masjid

Selepas mencuri perhatian dengan pengisian video tentang penganut Muslim di Korea, nama Jay Kim sekali lagi tular ekoran pengakuannya sudah memeluk Islam.

Memilih nama Islam sebagai Daud Kim, bintang YouTube berusia 26 tahun ini berkata, dia semakin yakin mendalami ajaran Islam selepas mendapat galakan daripada kalangan pengikutnya.

“Memang saya belajar dan mengetahui tentang Islam menerusi YouTube. Tetapi (hidayah) ini adalah anugerah paling besar yang saya peroleh.

“Saya sedar akan dugaan menjalani hidup sebagai mualaf namun saya percaya Allah sentiasa bersama saya,” katanya yang mengucap dua kalimah shahadah di hadapan imam masjid di Seoul pada 25 September lalu.

Tambah Daud, dia belajar berpuasa pada Ramadan lalu dan mendirikan solat buat pertama kali dalam sebuah masjid di kampungnya, Cheonan, Chungcheong Selatan,

Meskipun sudah berbeza agama dan tidak lagi ke gereja, dia berjanji kepada ibunya yang dia tidak akan berpisah daripada keluarga.

“Saya masih anak ibu, saya masih Jaehan dalam keluarga ini,” katanya dalam video yang dimuat naik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *