Dapat Juga Walau Satu Bulan

Pemain Melaka tidak perlu berduka untuk sambut Aidilfitri kerana Persatuan Bolasepak Melaka United MUSA memberi jaminan tunggakan gaji mereka akan diselesaikan sebelum 1 Syawal.Perkembangan itu disahkan Naib Presiden MUSA, Mohd Ashiq Abd Samad yang menjelaskan pihaknya sudah mula membayar tunggakan gaji Mac terlebih dahulu sebelum tunggakan April dijangka diselesaikan selepas Aidilfitri.Jelasnya, pihaknya sentiasa memberikan komitmen dalam menunaikan tanggungjawab menjaga kebajikan pemain sekali gus memastikan pemain dapat menyambut Aidilfitri dalam suasana gembira.

Kita sudah mula membayar tunggakan gaji Mac terlebih dahulu membabitkan pembayaran kira-kira RM1 juta. Selepas ini, kita akan uruskan pembayaran April kerana kita sudah mula mengenakan pemotongan gaji akibat C0VID-19.Kita perlu selesaikan dahulu tunggakan yang berlaku sebelum C0VID-19 untuk membuat pemotongan gaji pada April. Sebab itulah kita akan lunaskan tunggakan bagi Mac sebelum Hari Raya.Pembayaran bagi Mac sudah bermula namun ia berperingkat mengikut pasukan Liga Super, Piala Presiden dan pasukan yang seterusnya, katanya.

Sebelum ini, pemain Melaka menyuarakan kebimbangan mengenai !su tunggakan dua bulan gaji yang dihadapi memandangkan sambutan Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi.Berdasarkan rekod lampau, Melaka tidak seharusnya memandang ringan isu tunggakan gaji memandangkan mereka sudah dikenakan pemotongan tiga mata serta merta susulan kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan, Mac lalu.Situasi itu menyaksikan Melaka yang ketika itu menghimpun enam mata untuk menghuni tangga ketiga terperosok ke tangga ke-11 liga selepas kutipan mata menjadi tiga.