Daniel Amier Sah Tidak Beraksi Musim 2020

Felda United terpaksa melupakan khidmat pemain tengah, Daniel Amier Norhisham pada awal saingan Liga Malaysia musim 2020 apabila pemain itu bakal menjalani pembe dahan tulang meta tarsal.

Kecede raan yang dialami oleh pemain yang mesra disapa Boy itu menyebabkan beliau terlepas sebahagian besar aksi bersama Felda United musim lalu dan mengambil keputusan untuk menjalani pembe dahan.

Sumber Gambar: FAM

“Sebenarnya, kecede raan itu sudah lama berlaku ketika dia bersama pasukan kebangsaan.

“Tetapi pada ketika itu, dia masih belum memerlukan pembe dahan di tulang tersebut.

“Setelah berbincang dengan Daniel, kami berharap agar dia dapat segera pulih. Musim lalu, dia terlepas lima atau enam perla wanan.

“Kami rasa setiap perla wanan pada awal musim ini amat penting buat Felda United,” kata Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman menurut laporan Stadium Astro.

Afizal Abu Othman. Sumber Gambar: MFL

Daniel Amier dikhabarkan bakal menjalani pembe dahan pada Selasa ini dan beliau perlu berehat sekurang-kurangnya tiga minggu.

Ini bermakna Boy tidak akan beraksi dalam dua atau tiga perlawnan Liga Super bersama Felda United.

Sumber : vocketfc