Damian Yeo Tipu Penyokong Melaka FA

Bekas pemain Everton, Victor Anichebe menafikan pernah mengadakan rundingan dengan Melaka United, apatah lagi mahu menarik diri daripada rundingan sepertimana didak wa Presiden Persatuan B0lasepak Melaka United (MUSA) Damian Yeo Shen Li.

Sebelum ini, Damian Yeo menyal@hkan tindakan bekas kapten Melaka United, Shukor Adan melaporkan 1su tunggakan gajinya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai punca rundingan bersama Victor Anichebe mengalami kegagalan.

Shukor dilaporkan telah menyerahkan afidavit tuntutan hak gaji dan bonus bagi musim 2019 secara terus kepada FAM berikutan MUSA tidak melunaskan bayaran tunggakan dalam tempoh ditetapkan, malah sekadar memberi alasan demi alasan.

Begitupun ketika ditanya mengenai kesahihan dak waan itu, bekas pemain kebangsaan Nigeria itu memberitahu Foxsports, β€œIa tidak benar, saya tidak pernah sekalipun bercakap dengan pasukan itu dan saya tidak tahu mengenai apa yang berlaku kepada mereka yang perlu mengaitkan nama saya. Itu sahaja apa yang boleh saya cakap.”

Kenyataan Victor Anichebe yang turut pernah menyarung jersi West Bromwich Albion, Sunderland dan Beijing Enterprise ini sekaligus menimbulkan tanda tanya besar mengenai apa yang didak wa oleh Damian Yeo, bagaimana seorang pemain boleh menarik diri daripada rundingan sedangkan rundingan pun tidak pernah diadakan dengannya.

Adakah Damian Yeo atau pengurusan Melaka United sebenarnya telah bertemu dengan pemain lain dan menganggapnya sebagai Victor Anichebe, atau mungkin mereka telah diti pu oleh ejen, atau sememangnya rundingan dengan pemain itu hanya sekadar rekaan oleh Damian?

Sebagai rekod, pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini dikatakan sebagai calon utama untuk mengetuai jentera seran gan Melaka United bagi musim 2020 susulan kegagalan mereka mendapatkan khidmat pemain dari Jamaica, Deshorn Brown yang memilih untuk menukar haluan menyertai kelab India, Bengaluru FC.

Ketika ini mereka mempunyai tiga pemain import iaitu Uche Agba, Romel Morales dan Jang Sukwoon.

Foto : Zimbio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *