Damian Yeo ‘sound’ Shukor Adan

Damian Yeo ‘sound’ Shukor Adan, tonjolkan persamaan dengan Bibi Ramjani

Ingat lagi bekas Presiden Kelantan, Bibi Ramjani Ilias Khan? Seorang Presiden yang banyak mencvri perhatian atas sebab-sebab neg@tif dari mengeluarkan kenyataan kebudak-budakkan sehinggalah bergadvh dengan pemain, media, exco sendiri malahan penyokong di media sosial.

Bibi sudah berundur dan kini mungkin tenang menguruskan perniagaannya, tetapi beliau nampaknya sudah ada klon, Bibi Ramjani 2.0 dalam kelibat Damian Yeo, Presiden Melaka United.

Damian Yeo yang terkenal dengan tagline ‘Jangan Main-Main Dengan Saya’ mencvri tumpuan sejak beberapa minggu lalu terutama setelah melancarkan crowdfunding bertujuan membayar tunggakan yang dikritik hebat penyokong dan bekas pemain.

Kemudiannya beliau berbalah dengan wartawan yang mempersoalkan mengenai crowdfunding itu, sebelum kena ‘lipakk’ pula dengan pemain import Deshorne Brown yang memilih mewakili kelab India walaupun Damian mengatakan yakin Brown telah bersetuju dengan tawaran kontrak dan tidak akan berubah haluan.

Terbaru, Damian memberikan amaran di FB beliau kepada bekas kapten Melaka Shukor Adan, mengatakan Shukor bermain dengan api dan akan membalasnya dengan @pi dipercayai kerana Shukor membawa isu tunggakan gajinya ke pengetahuan FAM.

Menuntut hak sendiri tak dapat, bila ambil tindakan kena u gut.Malah, admin diberitahu beliau menyatakan dalam satu perbualan wassap bersama penyokong Melaka, “Jangan ugvt persatuan, dia belum kenal siapa saya. Hutang pemain lain aku akan bayar, duit Shukor aku bakar depan dia.”

Nasihat buat Damian, belajarlah menyelesaikan masalah dengan cara pr0fessional dan bijak. Walaupun tidak matang, tolonglah jangan menyerlahkan ketidakmatangan tersebut.

Sudahlah terlalu banyak berhutang, bercakap besar pula seolah anda di tempat yang betul. Jangan penyokong Melaka menjadi mangsa atas sikap ch!ldish anda, sepertimana peny0kong Kelantan jadi mangsa kerana kata-kata kurang bijak Bibi Ramjani suatu ketika dulu.

Sumber:Labolamalaya