Dalam Radar 2021

Badan pengendali liga, Malaysia Football League hari ini mengumumkan perancangan baharu kalendar Liga Malaysia 2020 jika kerajaan memberi kelulusan untuk meneruskan pertandingan bola sepak di negara ini pada bulan September.Antara perancangan baharu tersebut ialah juara TM Piala Malaysia dan naib juara CIMB Liga Super musim ini akan mendapat slot ke Piala AFC 2021. Bagaimanapun, slot automatik ke AFC Champions League 2021 kekal menjadi milik juara Liga Super.

Jika kerajaan tidak membenarkan saingan Liga Malaysia diteruskan sehingga September 2020 akibat wabak C0VID-19, semua pertandingan domestik terpaksa dibatalkan.Kelayakan pasukan Liga Malaysia ke pertandingan kelab anjuran Konfederasi Bolasepak Asia 2021, ditentukan berdasarkan keputusan pada musim 2019 dengan juara Liga Super 2019 akan mendapat slot automatik ACL 2021 manakala naib juara Liga Super dan juara Piala FA 2019 akan mendapat slot ke Piala AFC 2021.

Namun, Ketua Pegawai Esklusif MFL, Dato Ab Ghani menegaskan pelan perancangan ini akan dikaji semula pada Jun depan berdasarkan perkembangan semasa wabak pandemik.Kita akan memantau situasi semasa isu wabak C0VID-19 dan akan mengemukakan permohonan semula mengenai perancangan jadual Liga Malaysia 2020 berdasarkan arahan terbaharu MKN, KKM dan KBS pada Jun nanti.Pihak MFL juga akan menitikberatkan soal keselamatan semua pihak yang terlibat dengan SOP perlawnan lebih ketat mengikut saranan MKN, KKM dan KBS andai Liga Malaysia musim 2020 dapat diteruskan seperti yang dirancangkan itu.

Perancangan Liga Malaysia dan SOP ini juga sudah MFL bentangkan dalam pertemuan dengan Datuk Seri Reezal pada 23 April lalu dan ini membuktikan bahawa MFL sentiasa bersedia berbincang dan mengikuti segala saranan serta arahan daripada MKN, KKM dan KBS sebelum membuat sebarang keputusan, katanya.Perancangan baharu kalendar Liga Malaysia 2020 itu turut mengambil kira faktor-faktor seperti penundaan tarikh Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, penundaan tarikh ACL 2020 yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim dan tarikh baharu kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijangka bermula pada 21 November sehingga 15 Disember 2020.

Dato’ Ab Ghani berkata, perancangan itu juga dilihat dapat mengurangkan kepadatan jadual dengan merombak format pertandingan serta membatalkan saingan Shopee Piala FA dan Challenge Cup. Jadi dengan pengumuman penjadualan Liga Malaysia 2020 ini diharap dapat membantu semua pasukan membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku apabila pihak MKN, KKM dan KBS membuat ketetapan baharu mengenai perkembangan wabak C0VID- 19 kelak.

Apa yang jelas di sini bahawa, Ahli Lembaga Pengarah MFL memiliki kuasa untuk merombak dan meminda format pertandingan atas sebab isu-isu wabak C0VID-19 dan PKP oleh pihak kerajaan.Dan diharap dalam jangkamasa lebih tiga bulan sebelum perancangan ini dijalankan, keadaan wabak C0VID-19 yang melanda negara ini akan beransur pulih serta PKP dapat dilonggarkan jadi marilah sama-sama kita berdoa agar keadaan kembali pulih seperti biasa, katanya.