Cristiano Hanya Tumpang Berlatih,Kita Tidak Ambil Dia -Nafuzi Zain

“Christopher Fayers sebenarnya hanya sertai sesi latihan kita sahaja. Kita tidak ambil. Dia pemain import dan kita sudah cukup kuota. Dia cuma hendak merasai suasana latihan. “Kita tidak ambil dia. Dia cuma tumpang untuk berlatih bersama kita disebabkan dia ada sekitar Pantai Timur.

Dia menjalani percubaan dengan Kelantan Utd sebab pasukan itu masih ada kosong kuota import.”Christopher masih muda. Baru berusia 22 tahun. Tetapi dia pemain yang ada gaya, ada sizing dan ada kualiti juga.

Kalau dia pemain naturalisasi, bolehlah kita ambil dia, ” kata Nafuzi Zain, jurulatih Terengganu. Ia sekaligus menjawab persoalan mengenai status pemain iras-iras Cristiano Ronaldo itu yng berlatih dengan Terengganu FC kemudiannya bermain dalam perlawanan persahabatan dengan Kelantan Utd.

Sumber : SemuanyaBola