Cheng Hoe Positif

KUALA LUMPUR: Aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang ditangguhkan ke Oktober dan November susulan C0VID-19 dikhuatiri menjejaskan fokus pemain kebangsaan berdepan tiga perlawnan penting itu.Ini kerana dengan kontrak pemain Liga Malaysia (Liga M) kebanyakannya berakhir pada November, situasi itu mungkin menyebabkan ada pemain kehilangan fokus kerana terlalu memikirkan mengenai kontrak baharu ataupun mula mencongak perancangan untuk musim hadapan.Bagaimanapun, pengendali skuad H@rimau Malaya, Tan Cheng Hoe yakin perkara ‘luar padang’ itu sama sekali tidak akan memberi kesan buruk kepada tumpuan pemainnya dengan dia percaya mereka tahu apa yang perlu menjadi keutamaan ketika itu.Saya rasa pemain sudah biasa melalui perkara itu kerana Oktober memang dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), jadi sudah tentu mereka tahu apa yang perlu lakukan.Saya ambil perkara ini daripada sudut positif dan yakin pemain akan kekal fokus kepada tugasan antarabangsa. Mereka pun perlu sentiasa berfikiran p0sitif.

Malah, pemain boleh ambil kesempatan menunjukkan persembahan terbaik pada perlawnan itu nanti dan jika mereka dapat berbuat demikian, siapa tahu kalau ada pasukan yang akan berebut mendapatkan tandatangan mereka, katanya.

Sebagai rekod, tiga aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 membabitkan Malaysia iaitu menentang Emiriah Arab Bersatu UAE pada 26 Mac, Vietnam (31 Mac) dan Thailand (9 Jun) terpaksa ditangguhkan Konfederasi Bolasepak Asia AFC susulan pandemik berkenaan.Difahamkan, badan induk itu sudah mengeluarkan tarikh cadangan bagi aksi kelayakan itu pada 8 dan 13 Oktober untuk perlawnan menent@ng UAE dan Vietnam manakala aksi terakhir menent@ng Thailand dijadual 17 November.

Ketika ini, Malaysia berada di tangga kedua kumpulan dengan mengumpul sembilan mata dan sekiranya mampu meraih sekurang-kurangnya enam mata lagi, peluang mara secara automatik ke Piala Asia di China pada 2023 dilihat cerah sekali gus mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia zon Asia.