Ceh kena ‘kencing’ Rupanya – Chong Wei

“Seminggu selepas pulang dari Olimpik Rio saya lepak minum teh tarik dengan rakan-rakan media, dia berkata kepada saya jangan sedih kerana saya adalah atlet antarabangsa yang memegang rekod meraih perak paling banyak,” katanya.

Tersenyum Chong Wei mendengar berita berkenaan dan terus terus memeriksa fakta berkenaan sebaik pulang ke rumah untuk mengetahui sama ada ia benar atau tidak.

“Ceh kena ‘kencing’ (t!pu). Dalam 10 terbaik pun tidak ada. Semua dimonopoli atlet gimnastik dan renang,” katanya.

Chong Wei sebenarnya menduduki ranking ketiga atlet paling banyak meraih perak yang menyertai beberapa temasya bagi acara individu. Tempat pertama dihuni atlet ekuestrian Jerman, Isabell Werth yang mengumpul empat perak dan mengambil bahagian di lima temasya Olimpik.

Imre Polyak, atlet gusti dari Hungary menduduki tempat kedua dengan meraih tiga perak dan memiliki kelebihan berbanding Chong Wei apabila meraih satu emas di Olimpik Tokyo 1964. Kali pertama Chong Wei menyertai Olimpik ialah pada 2004 di Athens bersama Roslin Hashim dan Wong Choong Hann untuk acara perseorangan lelaki.

sumber: HM

“Saya sangat bertuah kali pertama ke Olimpik di Athens iaitu tempat lahirnya temasya ini. Saya sedar temasya ini bukan di sebabkan saya sendiri tapi membawa amanat 30 juta rakyat Malaysia.

“Saya masih ingat setiap perlawnan yang disertai dan ia bagaikan baru saja berlaku semalam,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu.