Canggih Jersi Baharu Indonesia

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia PSSIbaru-baru ini melancarkan jersi baharu skuad kebangsaan daripada jenama sukan tempatan iaitu Mills Sport sebagai menyokong produk negara itu. Sebelum ini PSSI membatalkan kerjasama dengan jenama sukan dari Thailand, Warrix dan jenama terkemuka dunia, Nike kerana para peminat bola sepak Indonesia menggesa badan induk itu menggunakan jenama sendiri.

Mills merupakan jenama sukan yang terbesar di Indonesia dan mereka memperkenalkan jersi ‘Home’ berwarna merah dengan identiti negara itu serta sedikit sentuhan warna putih di bahagian kolar. Terdapat motif sayap kiri dan kanan yang menyerupai sayap garuda. Ia dinamakan sebagai ‘Pelukan Garuda’ agar pemain lebih gagah dan kuat seperti garuda. Selain itu, motif berbentuk rantai pada ‘background’ menggambarkan penyatuan Indonesia. Manakala jersi ‘Away’ menggunakan warna putih dengan corak khas yang melambangkan kekuatan pasukan itu. Menurut kenyataan rasmi daripada Mills Sport, jersi ini dilengkapi dengan 6 teknologi iaitu Anti Ultra Violet, Anti Bacterial bebas kuman, Breathable mudah bernafas, Mouisture wicking fabrik pelembab, Anti Static tidak statik dan Extra Light lebih ringan. 6 teknologi ini berfungsi untuk memastikan keselesaan si pemakai dalam apa jua keadaan terutamanya ketika badan sedang mengeluarkan peluh yang banyak.

Mills Sport juga mengeluarkan 2 jenis jersi iaitu jersi authentic player issue dengan jersi replika fan issue. Sekali imbas, jersi replika nampak sama dengan jersi authentic yang dipakai oleh para pemain. Namun, ia berbeza dari segi potongan baju dimana jersi replika lebih longgar berbanding jersi authentic untuk memenuhi permintaan daripada peminat yang berlainan size. Jersi authentic Indonesia dijual dengan harga Rp789.000 RM222.00 manakala jersi replikanya berharga Rp190.000 RM110.00. Jersi replika lebih murah tetapi masih berkualiti berbanding dengan jersi tiruan (gred A atau AAA). Hasil kerjasama dengan PSSI, Mills tidak hanya menyediakan kelengkapan pakaian sukan untuk skuad Indonesia tetapi mereka juga menyediakan t-shirt khas untuk kursus pengadil dan kejurulatihan yang dianjurkan oleh badan induk itu.