CampurTangan FIFA Hutang Morgaro Gomis Selesai, Yang Lain?

Persatuan Bolasepak Kelantan difahamkan telah menyelesaikan tvnggakan gaji berjumlah lebih RM550,000 kepada bekas pemain tengahnya Morgaro Gomis sekitar pertengahan bulan ini.

Kelantan sebelum ini berdepan kemungkinan tidak diberi lesen musim 2020 andai hutang Gomis (kes yang telah dirujuk dan diputuskan oleh FIFA) tidak diselesaikan mengikut tarikh ditetapkan dan boleh dihumban ke Liga M3.

Manakala FAM sebagai badan induk juga boleh didenda. Lantaran itu KAFA diiringi bantuan oleh FAM telah berikhtiar sebaik mungkin untuk menyelesaikan tunggakan Gomis yang dis!ngkirkan Kelantan pada pertengahan 2018.

P/S : Syabas KAFA, tetapi alangkah bagusnya jika hutang pemain tempatan turut dibayar dan tidak dipandang sebelah mata. Disebabkan Gomis kes FIFA maka setengah juta pun boleh diusahakan, tapi pemain tempatan ada yang tidak sampai RM30,000 atau RM50,000. Ada yang mungkin RM100,000 atau RM200,000 sehingga kini masih menunggu bulan jatvh ke riba.

Semoga ada khabar gembira juga kepada pemain-pemain tempatan yang menunggu hutang mereka dibayar. Jangan lah KAFA bertindak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Anggaplah ini satu teguran ikhlas demi membaikpulih maruah bolasepak Kelantan yang tercemar teruk sejak beberapa tahun kebelakangan kerana isu tunggakan gaji.