C.Ronaldo Mungkir Janji

Bekas penjaga gol Chievo Verona mendedahkan pemain bintang Juventus, Cristiano Ronaldo pernah mungkir janji untuk bertukar jersi apabila sepakan penaltinya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol tersebut. Stefano Sorrentino melakukan aksi penyelamatan sepakan penalti Ronaldo tersebut ketika @ksi kunjungan Chievo Verona ke Allianz Arena dalam saingan Liga Serie A, januari tahun lalu.

Dipetik daripada Daily Mail, Sorrentino berkata, “Kami telah bersetuju untuk bertukar jersi, tetapi dia sangat marah selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti.” Perkara itu tidak pernah terjadi kepadanya di Itali.Kami bertemu dalam terowong semasa menuju ke bilik persalinan, dia bersalaman dan mengucapkan tahniah, tetapi mukanya tidak gembira sama sekali dan tidak memberikan jersinya kepada saya.Akhirnya saya mengambil jersi (Paulo) Dybala. Bagus juga begitu.Sepakan penalti itu diberikan oleh pengadil perlawnan pada minit ke-52 selepas remb@tan oleh Douglas Costa terkena tangan pertahanan Chievo Verona, Mattia Bani yang berada dalam kotak penalti.

Rembatan Ronaldo ke arah kiri Sorrentino dapat diagak dengan tepat sekaligus menafikan peluang untuk membolehkan Juventus mendahului 3-0 di waktu itu.Bagaimanapun, dalam perlawnan tersebut, skuad Old Lady tetap cemerlang menumpaskan Chievo Verona dengan dengan jaringan 3-0 hasil jaringan Douglas Costa (13’), Emre Can (45’) dan Daniele Rugani (84’). Anda boleh menonton highlights perlawnan tersebut dan momen Stefano menafikan sep@kan penalti pada pautan di bawah