Bukan tiga tapi dua belas

Skuad Terengganu FC (TFC) mengumumkan striker importnya, Kipre Tchetche, antara 12 pemain yang tidak akan bersama pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia, musim depan.

Tonggak kelahiran Ivory Coast itu sebelum ini menolak tawaran kontrak baru dan berdasarkan kenyataan hari ini, TFC dijangka membuat r0mbakan di posisi serangan.

Ini kerana selain Tchetche, pemain sayap, Malik Mat Ariff, Nabil Ahmad Latpi, Shahrul Aizad Zulkifli, Ahmad Syamim Yahya dan Khairul Izuan Rosli pula sah dib3baskan.

Turut senas!b adalah pemain tengah, Thierry Chantha Bin, Khairu Azrin Khazali, bek kiri, Adib Aizuddin, Khairul Anwar Shahrudin, Hasni Zaidi Jamian serta penjaga gol, Wan Muhamad Azraei Wan Teh.

Dalam kenyataan penghargaan dikeluarkan TFC, turut dibayangkan adalah beberapa perubahan dalam barisan kejurulatihan melibatkan pembantu Mohd Nafuzi Zain.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim, mengakui tugas berat mengisi kekosongan Tchetche.

Menyifatkan pemain lincah itu sebagai striker terbaik pernah bersama TFC, Hishamuddin berharap Nafuzi dapat menjumpai pemain dengan nalvri pemvsnah.

Berita mengaitkan TFC dengan striker dalam Liga Vietnam begitupun enggan diulas lebih lanjut dengan Hishamuddin berkata semuanya terletak di tangan ketua jurulatih.

“Tidak dinafikan Tchetche antara yang berkualiti dan seperti penyokong, saya juga mahukan striker setand!ng atau lebih baik lagi.

“Seperti saya sering maklumkan, pihak pengurusan tidak akan mencampuri urusan pemilihan pemain,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *