Bukan setakat penyokong Malaysia kagum dengan beliau

Kudrat Brendan Gan dan rakan-rakan akan ditag!h sekali lagi menjelang perlawanan men3ntang jiran tetangga, Indonesia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam ini.

Pemain tengah kacvkan Malaysia-Australia berusia 31 tahun ini menjadi watak penting kepada kebangkitan skuad Malaysia sekaligus berjaya merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam perlawanan tersebut, selain daripada berhasil menjaringkan gol penyamaan serta mencetak satu ‘assist’ buat Mohamadou Sumareh, disiplin, keazaman dan semangat beliau di atas padang telah ‘memat!kan’ corak permainan Thailand sama sekali.

Perkara itu bukan sahaja mendapat penghormatan tinggi daripada para penyokong malah turut membuatkan rakan sepasukannya di skuad kebangsaan dan Perak, Shahrul Saad kagum.

“Bagi saya Brendan Gan merupakan seorang pemain yang sangat berdisiplin di luar dan dalam padang,” 

“Sebagai rakan sepasukan memang saya sangat kagum dengan beliau, dia banyak memberi nasihat ketika di dalam padang,”

“Keazaman yang ada padanya di dalam padang tidak ada pada semua pemain. Adanya (Brendan) sangat membantu pasukan.” kata Shahrul Saad ketika sidang media yang berlangsung semalam.

Selain daripada beraksi cemerlang ketika men3ntang Thailand tempoh hari, Brendan Gan juga memberikan !mpak kepada skuad Malaysia ketika men3ntang Indonesia di Jakarta, pada september lalu.

Beliau terlibat secara langsung dalam merencanakan s3rangan untuk dua jaringan pertama dan ketiga skuad Malaysia. Ia sekaligus membolehkan Malaysia bangk!t dan mencetak kemenangan 3-2 di di hadapan puluhan ribu penyokong skuad Garuda di Stadium Gelora Bung Karno.

Sementara itu, Shahrul Saad turut mengharapkan Malaysia dapat merekodkan kemenangan tanpa bolos dalam perlawanan pada malam esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *