BUKAN Satu Tetapi Lima Pasukan

BUKAN satu tetapi lima pasukan yang akan mengibar cabaran Sarawak pada tahun ini akan ber@ksi sebagai Sarawak United.

Menurut sumber, keputusan menjenamakan semula Sarawak FA kepada Sarawak United ini telah diluluskan dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) minggu lalu.

Malah mesyuarat tersebut memutuskan Sarawak United dimiliki sepenuhnya oleh FAS. “Ini selari dengan keputusan K0ngres Bola Sepak Asia (AFC) agar semua pasukan yang bertanding dalam pertandingan yang dinavnginya berstatus kelab, dan bukan persatuan. “Liga Malaysia merupakan antara negara yang masih belum melaksanakan syarat yang dimahukan oleh AFC ini,” katanya lagi.

Dengan penjenamaan ini, Sarawak United akan beraksi dalam Liga Premier, manakala Sarawak United B akan beraksi dalam Liga M3. “Sarawak United B akan berpangkalan di Puncak Alam, Selangor kerana pembelian Selangor United turut melibatkan fasiliti dan kemudahan lain.

“Ini akan menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu melibatkan pembelian tiket kapal terbang serta hotel. Pun begitu katanya, Sarawak United kekal berpangkalan di Kuching.

Sumber tersebut memberitahu, skuad Piala Presiden Sarawak United juga akan beraksi di Kuching, manakala pasukan Piala Belia berpangkalan di Miri. Satu lagi pasukan yang akan menggalas nama Sarawak United ialah pasukan futsal.