Bukan Kedah tidak kuat tapi Tiada Rezeki

KEYAKINAN tinggi dan mental yang kuat merupakan antara resipi kejayaan Terengganu bangkit mengejutkan Kedah 4-3 di Stadium Darul Aman malam tadi.

Ketua Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain berkata, rezeki juga lebih memihak kepada pasukannya untuk menang walaupun Kedah memberikan tekanan tinggi termasuk mempunyai banyak peluang terhidang untuk menjaringkan gol.Menurutnya, beliau memuji kekuatan mental dan motivasi anak-anak buahnya yang percayakan kemampuan untuk memenangi perlawnan kedua Liga Super itu biarpun ketinggalan 2-1 pada babak separuh masa pertama.

Kami tahu perlawanan ini sangat penting dan kedua-dua pasukan perlukan tiga mata selepas tew@s pada perlawnan pertama.Walaupun Terengganu menang pada aksi ini, namun masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki terutamanya kita bolos sebanyak tiga gol. Kita perlu bersedia sekali lagi selepas ini kerana akan turut bertemu pasukan kuat, Selangor pada perlawnan ketiga Liga Super,katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawnan.

Nafuzi berkata, beliau mengakui kualiti yang dimiliki oleh penye rang Kedah, Kpah Sherman dan Tcheche Kipre yang masih mampu menjaringkan gol walaupun dikawal ketat oleh beberapa pemainnya.Semua orang tahu kualiti Kpah dan Kipre. Kita mengunci dan merantai mereka berdua namun kekuatan serta kelajuan mereka berdua masih mampu mengatasi pertah@nan Terengganu.

Namun pada separuh masa kedua, keadaan sedikit lebih terkawal apabila kami langsung tidak memberikan mereka ruang untuk bergerak bebas, katanya.Mengulas mengenai prestasi Dominique Da Sylva yang menjaringkan keempat-empat gol, Nafuzi mengakui beliau percaya kepada kemampuan pemain itu yang masih lagi berusaha menyesuaikan diri dengan suasana liga di negara ini.

Tcheche merupakan pemain yang mempunyai reputasi besar di Terengganu sebelum ini dan bukan mudah buat Dominique untuk menggantikannya. Dia bangkit selepas gagal menjaringkan gol pada aksi pertama menent@ng Perak minggu lalu.Dominique menunjukkan dia seorang pemain berkualiti dan pada saat-saat penting dia mampu lakukan sesuatu buat pasukan, katanya.