Bujang Senang Akan Mengamuk Musim 2020

Bekas penye rang Selangor, Amri Yahyah dilaporkan bakal menyarung jersi Sarawak United FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim 2020. Perkembangan itu disahkan oleh sebuah laman sosial milik penyokong skuad bujang senang iaitu Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya.

Amri juga dijangka akan melakukan penampilan pertama dalam perlawnan persahabatan menentng Kuala Lumpur di Cheras pada malam ini.

Selain Amri, turut memperkuatkan Sarawak United ialah bekas penye rang Pahang, Fauzi Roslan dan pemain pertahanan muda dari Selangor iaitu Syukri Azman. Pemain berpengalaman ini dibawa masuk bagi membantu Persatuan BolaSepak Sarawak (FAS) mencapai sasaran layak ke Liga Super pada tahun 2021.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan Amri akan menyarung jersi Perak dan Kelantan namun belum ada pengesahan rasmi sehingga kini.

Amri memutuskan untuk meninggalkan Selangor buat kali kedua kerana enggan menandatangani kontrak lanjutan bersama Persatuan BolaSepak Selangor (FAS).

Terkini: Amri Yahyah (Wak Am) Milik Sarawak United FC Sarawak United FC I musim 2020 akan diperkuatkan dengan…

Posted by Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya on Wednesday, January 22, 2020

Faktor utama bekas pemain Johor Darul Ta’zim dan Melaka United itu meninggalkan gergasi merah kerana dipercayai mempunyai konflik bersama pengendali pasukan, B.Satiananthan.

Selain itu, Amri turut memberi bayangan pasukan yang akan disertai beliau pada musim hadapan akan menjadi lawn yang sukar untuk Selangor dan beliau akan memastikan bekas pasukannya itu tidak akan meraih kemenangan ketika berdepan pasukan barunya.

Sarawak United pada asalnya merupakan Selangor United yang mendapat kelulusan oleh badan pentadbir liga, Malaysian Football League (MFL) untuk pertukaran status pemilikan pada bulan lalu.

Pertukaran status itu juga bakal menyaksikan kelab Liga Premier yang berpangkalan di Shah Alam itu akan diuruskan oleh FAS dan beroperasi sepenuhnya di Kuching, Sarawak.

Dalam perkembangan sama, MFL mengesahkan bahawa pasukan Sarawak FA kekal bermain di Liga M3 pada tahun depan selepas pasukan itu menamatkan kempen di tangga ke-11 Liga Premier dan tewas pada aksi play off 3-1 kepada naib juara Liga M3, Kuching FA pada 23 November lalu.

sumber:vocket